Want your
own Fotopage?

















 


By: MamaElla Hasan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 7-Jul-2009 07:12 Email | Share | Bookmark
Rendang Daging

Assalammualaikum...Lama Mama tutup rumah ini, dah berabuk sangat... Apa khabar Semua..?

Rendang Daging...

Sajian ini selalu nya disajikan pada hari Lebaran, tapi kerana Mama terlalu rajin dan diatas permintaan anak Bujang Mama..Mama masakkan untuk dia lauk ini..enak dimakan dengan nasi impit..Nasi kuning dan etc




Resipi nya:-

1 kilo daging Lembu
$1 dollars kelapa kerisik - Mama rajin buat kerisik
15 batang chili kering - digunting dan direbus sampai lembut lalu ditos air nya*
4 biji bawang besar dikupas *
5 biji bawang putih*
halia sejengkal*
lengkuas sejengkal dititik aje
2 batang serai di buang di hujung nya*
11/2 sudumakan rempah kari daging
1 sudu makan campuran Serbuk ketumbar, jintan halus dan putih..* Yg nie Mama memang dah sangar terlebih dahulu
sedikit kayumanis, buah pelaga dan buah pelaga serta yg lelain.. cuci dan ditos
4 helai daun limau
sedikit belachan
2 keping asam keping - di cuci
250ml santan kotak.


Cara-Caranya:-

Daging dicuci dan ditos..
Kisar * sampai halus bersama sedikt air..
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan lengkus kayumanis dan kawan2nya serta diikuti oleh rempah yg dikisar.
Kacau sampai mereka sebati dan garing
Masukkan daging, kacau lagi sampai air daging keluar dan tambah sedikit air dan pelahan kan ap, masukkan daun limau, dan kacau lagi.
Bila daging dah nak hampir masak, masukkan santan dan kacau sehingga rata, diikuti oleh asam jawa dan garam serta gula..
Kacau lagi biarkan ia nya mendidih dan bila kuah nya hampir kering, masukkan kerisik. Kacau dan biarkan kuah nya kering dan daging nya empuk..


ni yang tak tahan ni sist !! sedap sngt nampak...kecur air liuq !! Tue 7-Jul-2009 09:47
Posted by:huda mamat hm_1280@yahoo.com  - [Link]
Mak ai sedapnya rendang tu.... makan dengan nasi impit ke, pulut ke, even nasi pun pasti syok! Tue 7-Jul-2009 11:50
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Kalau nama daging tu tak buat rendang pun memang sedap
Rebus atau bakar dan cicah dengan air asam pun jadi
Tue 7-Jul-2009 12:05
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
thanks for visiting our blog...promote2 yer kt kwn2..hehe Tue 7-Jul-2009 15:12
Posted by:d2artwork
d2artwork.blogspot.com Tue 7-Jul-2009 15:28
Posted by:d2artwork
kalau rendang mmg teringat masa raya......
rendang mmg sedap mkn dgn pulut..nasi impit dll.....
Thu 9-Jul-2009 05:57
Posted by:Mamasya  - [Link]
wah rupanya mama ada fotopages jugak ya..nice fotopages, mama!! Thu 9-Jul-2009 15:04
Posted by:ayu
aiii sedap sungguh rendang ni.. mkn ngn pulut kuning perghhh dap nyer.. Sat 11-Jul-2009 04:06
Posted by:zai@umiaimanzulfaqar zulizai2628@yahoo.com.sg  - [Link]
Mama punyer rendang ada masuk serbuk kari pulak ya. Pertama kali dapat tahu nii... Ada effect special ke dari segi rasa ??? heh heh heh.... Sat 11-Jul-2009 10:51
Posted by:RinnChan  - [Link]
salam kenal...best nya makanan kat sini....meriah sekali Sat 11-Jul-2009 13:51
Posted by:izanman  - [Link]
salam mama..
nampak sedap rendang mama tu.. terbayang2 aje kalau mkn dgn pulut kuning mesti melelehh

p/s: mama.. sukatan sejengkal halia & sejengkal lengkuas tu mcamana yer?? kalau sejengkal jari sy ni dah hampir2 6 ½ inci panjang... betul ke tu maaa...
Mon 13-Jul-2009 03:21
Posted by:MaDiHaA  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.