Want your
own Fotopage?

















 


By: MamaElla Hasan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 14-Oct-2008 20:32 Email | Share | Bookmark
Dari Ayam, Kek dan Bunga

Ayam Tomato
Brownies
Bunga Cekur


Ayam Masak Tomato

Mama masak lauk ini kerana Putera-putera amat suka dengan lauk yang menggunakan Ayam..Alhamdullilah Mereka makan sampai habis dan licin...Syukuran

Resepi nya:

Bahan-bahannya:-

1 ekor ayam potong 12- cuci dan tos serta gaul sedikit dengan garam dan ketepikan
5 batang chilli kering- direbus dan ditoskan, lalu dikisar
2 biji bawang besar - dikisar
5 biji bawang putih - dikisar
sedikit halia - dikisar
1/2 sdt campuran ketumbar, jintan manis dan kasar
secukop, sos tomato, sos chilli
1 biji buah tomato - dipotong kecil-kecil
2 helai daun limau purut - dipotong kasar-kasar
sedikit garam dan gula
Secukup Minyak masak


Hiasan

secukop bawang goreng
Daun ketumbar


Cara-caranya:-

Panaskan minyak dan goreng ayam itu sedikit sahaja. Angkat dan toskan dan ketepikan.
Keluarkan minyak yang berlebihan, dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sampai wangi.
Setelah wangi masukkan daunlimau dan buah tomato yg dipotong kecil-kecil dan gaulkan sehingga rata dan sebati.
Masukkan semua sos-sos dan kacau lagi, biarkan dalam seminit.
Barulah dimasukkan Ayam yg dah digoreng dan sedikit air (suku gelas air ) kacau dan balik-balikkan sehingga ayamnya masak.
Masukkan garam dan gula serta biarkan sehingga ia nya mendidih dan rasa apa yang kurang.
Hiaslah dengan bawang goreng dan daun ketumbar. Sedap dimakan dengan nasi panas.




Brownies

Brownies ini pula, Mama buatkan untuk tetamu yang datang ke rumah Mama minggu lepas...




Bunga Cekur ini Mama petik dikebun Mama...cantik warnanya dan berseri keputihan warna nya...

Mama tidak tahu kenapalah dengan traffic di Fotopades ini, kerana kekadang bila Mama download picture.. server nya kasi terputus aje..sampai naik fed-up dibuat nya..
Kebetulan kali ini Mama cuba boleh... Mama postlah menu-menu ini disini...Insya-Allah kalau tiada traffic Jam lagi.. berterusanlah Mama nya Fotopages dan adalah menu-menu baru yang akan Mama kongsi bersama...

Sekian dan Jumpa lagi...

MamaElla 08

lama betul tak buat brownies...terliur madiha tengok..
mama.. mmg pun skrg fp buat perangai lagi.. nak masuk gambar kena masukkan satu persatu.. kalau masuk sekaligus 6 gambar mmg tak lepas
Wed 15-Oct-2008 01:21
Posted by:MaDiHa  - [Link]
anak2 mummy pun suka ayam masak merah! Wed 15-Oct-2008 08:51
Posted by:Mummy jam  - [Link]
sedapnye ayam msk merah & brownies tu...... Fri 17-Oct-2008 12:57
Posted by:dapurimpian@k.zai  - [Link]
Ayam masak tomato ni beza sikit erk dengan ayam masak merah.. tapi sab suka kedua-duanya.. Kek cokelat tu pun nampak sedap.. yummy! Thu 23-Oct-2008 04:05
Posted by:Sabrina  - [Link]
dapnya menu lepas raya ni mama..
klau tak silap sy daun cekur yg org slu wat ulam tu kan.. makan mentah2.. bila dikunyah tersa wangi.. huhhh sedapnya...
Thu 23-Oct-2008 06:33
Posted by:zai@umiaimanzulfaqar  - [Link]
selamat hari raya ella...maaf zahir bathin yer.. Thu 23-Oct-2008 06:56
Posted by:roylazim  - [Link]
nampak sedap ayam tomato & brownies tu..... Thu 23-Oct-2008 13:24
Posted by:zara bee_zara@yahoo.com  - [Link]
Ayam Tomato...sedap nye..anak2 kak amalpun suka makan..brownies ..kak amal baru buat (ada kat entry terbaru) walau macamana teruk traffic kat fp ni...terus la...biar fp ni sentiasa dimeriahkan oleh sifu2 memasak. Fri 24-Oct-2008 12:32
Posted by:amal5041.fotopages.com amalhayati68@gmail.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.