Tiada kata nak dibicara kecuali nampak sudah periuk MamaElla dan sebahagian isi dapur Ku yang antik sekali...hehehe
Berlado Sotong dalam Tin, Mama buat juadah makan tengahari hari ini..entah kenapa lauk ini menjadi peberet Kami sefamili. Kalau seminggu tak makan lauk ini , peminat nya akan tertanya bila nak masak lauk BERLADO ? Enak lauk ini Mama makan dengan nasi panas dan sampingan nya mestilah sayur urap...isk..shiok nyaaa....!
Resepinya:-
2 tin sotong dalam tin - Tos dan bilas sotong dan tos kering
10 batang lada merah *
4 ulas bawang putih *
1 biji besar bawang besar -dihiris kasar-kasar
1 batang serai - dititik
sedikit belachan
1 biji buah tomato - dibelah 4
2 helai daun limau purot
1 sudu makan cuka
2 sudu makan minyak untuk ditumis
sedikit garam dan gula
Cara-caranya:
1 Kisar tanpa air Bahan2* setakat kasar sahaja.
2 Panaskan kuali, dan masukkan minyak masak.
3 Masukkan serai dan bawang besar yg dihiris dan kacau sampai wangi. Masukkan bahan2 yg dah dikisar dan balik-balikkan lagi sampai wangi serta keluar minyak. masukkan daun limau purut.
4 Masukkan Buah tomato dan biarkan sampai ia nya sedikit layu, baru dimasukkan garam dan gula. Biarkan sambalnya serasi.
5 Setelah itu masukkan cuka dan balik-balikkan lagi. baru dimasukkan Sotong dan kacau lagi sampai sotong itu masak.
6 Rasa apa yang kurang...Setelah itu barulah boleh diangkat dan disaji dengan nasi yg panas
Mama nak ucapkan Terimakasih kepada Fp Dapurimpian untuk Awards ini