Entry kali ini Topic pasal Masakkan Asam pedas Thai Beefball dan Brownies..mama suka mencuba lauk-pauk yg baru dari buku koleksi Mama Brownies pula dari buku pesta warna yg berwarna pinks.. cuma Brownies kali ini Mama add raisin dan badam
Brownies ~Sumber dari Irma Iryani said
Mama cuma add raisin dan Badam cincang
Asam Pedas Thai beefballs~ lauk nya jenis kering dan enak dimakan dgn Roti, Nasi atau Chapati
Sumber ~ Farida Bibi Kaiser
Bahan A
1 kg daging kisar
5 biji bawang putih
2 biji bawang besar didadu kecil2
1/2 jari halia dimayang
sedikit garam
Bahan A digaul rata-rata dan dikepal-kepal kecil dan digoreng.
Bahan B
10 biji lada hidup
5 biji bawang putih
1/2 jari halia
1/2 jari kunyit hidup
2 biji bawang besar
1 batang serai
Bahan B dikisar halus
C
4 helai daun limau purut
2 cawan santan dari 1/2 biji kelapa parut
2 biji Tomato dibelah 4
Sedikit minyak untuk menumis
5 atau 6 batang bende muda digoreng sebentar.
Cara-caranya:
Panaskan minyak didalam periuk.
Tumis bahan-bahan kisar dan masukkan daun limau purut.
Apabila garing masukkan berbola daging goreng.
Gaul rata-rata perlahan-lahan.
Tuangkan santan, masukkan tomato dan garam
Biarkan mendidih sehingga pekat ssedikit.
Semasa menghidang, hiaskan diatasnya dengan bende goreng.
Enak dimakan dgn Roti, nasi putih dan chapati...
Thu 17-Jan-2008 09:03 Posted by:mummy jam - [Link]
dah lama tak masak menu Thai nie...nur suker masakkan thai..nur pernah makan di siamese kitchen tapi rasa nya tak sedap sangat..kalau di Bali Thai enak .... enak....alamak sori mama, dah ter off topic pulak .....boleh cuba ler resepi mama nie....