Today Mama masak lauk ini kerana Mama hendak mencuba lauk ini dari buku masak yg baru ia itu Rasa-Rasa Warna...kalau ada yang hendak cuba dipersilakan...
Dan ini adalah LUNCH mama
KAMBING SOS HALIA
Sumber dari buku Rasa-Rasa Warna
Resepi dari Dr Jazlan Joosoph PakarPerbidanan dan Pakar Sakit Puan Hospital K
Bahan
1/2 kilo Daging kambing dipotong dadu dan direbus sampai masak
1 biji Lada benggala Merah atau Hijau
10 keping Cendawan Butang dihiris
Sedikit Daun bawang ( Ella gunakan daun ketumbar)
Minyak
Garam dan gula secukop rasa
Bahan A
2 Biji Bawang Besar
5 Biji Bawangputih
1 inchi Halia
2 Batang Serai
Serbuk lada hitam (nak pedas boleh dilebihkan)
1 sudu makan campur ketumbar, jintan kasar dan jintan halus
sedikit kunyitserbuk
sedikit air putih
Cara-caranya:
1) Kisar halus BAHAN A. dan panaskan kuali dan tumis BAHAN A sehingga wangi.
2) Kemudian masukkan daging kambing yg dah direbus dan potong dadu, gaul hingga sebati.
3) Setelah itu masukkan cendawan, daun ketumbar dan lada benggala. Kacau sekali lagi , baru masukkan garam dan gula. Kacau lagi dan selepas ianya sebati baru lah diangkat.
4) Bila menghidangkan nya taburkan lah dgn lebihan daun ketumbar dan bawang goreng dan makan dgn nasi panas....
MamaElla Bicara
Quote:
Mummy Jam--- Boleh juga Mummy dan kalau dah masak nanti mama tengok tau..
Nur--- Yes mama happy banget last Weekend.. Terimakasih Doa Nur itu...
Mamasya-----SALAM PERKENALAN dan terimakasih singgah ke FP mamaella
look yummy and easy, but I don't eat mutton and the kids don't like beef....hmmm, maybe I try with chicken...
Fri 27-Jul-2007 06:57 Posted by:mummy jam - [Link]
mama "Goodnight" and have a nice weekend ma,kambing nie kan sedap di ngap tapi tak leh selalu.Nur rasa nur pun pernah makan sewaktu gave birth dulu di ospital.memang sodap menjilat jari.