Hari ini Bonda datang kerumah dengan membawa sedikit barang-barang pasar. so bila dah bongkar barang pasar dan dah masak...jadi nya beginilah..lauk Asampedasikan kerisi, kepak ayam goreng, sayur goreng dan belen Ulam-ulaman...Pencuri mulot Buah Mango...manis you...Bonda dan Famili ku makan bersantan dan bersila...
Asam Pedas Ikan Kerisi
1 ekor ikan kerisi (boleh gunakan lain ikan)
7 batang sayur bendeh (boleh gunakan lain sayur)
2 biji tomato (dibelah 4)
25 helai chili kering (direbuskan)
2 biji bawang besar (dikisar)
5 biji bawangputih (dikisar)
Halia sejengkal (dikisar)
Lengkuas dan serai (dititik)
1s/t serbuk ketumbar/jintan (dikisar)
sedikit Kunyit basah (dikisar)
1 s/t biji ladahitam (dikisar)
1 mangkuk air asam jawa
4 helai daun limau
Garam secukop rasa.
Minyak untuk menumis
Cara-caranya:
1) Panaskan minyak didalam periuk. Tumis dahulu Serai dan lengkuas serta bahan-bahan yang di kisar, kacau sampai ianya sebati.
2) Bila ia sudah wangi dan sebati, masukkan air asam dan extra air putih semangkuk. Biarkan sampai ia mendidih.Masukkan juga daun limau dan biarkan ia mendidih.
3) Bila kuah sudah mendidih, masukkan sayur bendeh, Tomato dan ikan serta garam. kacau perlahan-lahan dan masak menggunakan api yg kecil.
4) Rasa apa yang kurang, dan bila sayur sudah masak, matikan apinya..Lauk ini mesti rasa pedas dan masam...
P/s: kalau ada daun kesom lagi elok kerana ia menambahkan bau yg enak.. AyamGorengku...
MamaElla Bicara
Quote:
Nur------Yea saya cuma Mama tak pakai kerisik untuk certain bahan utama nya dan hari ini pula lupa tiada daun kesom...Lupa nak beli..takpelah jadi juga AsamPedas