Want your
own Fotopage?






 


By: Segalanya Dunia Ku

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 19-Jan-2013 08:42 Email | Share | | Bookmark
Assalammualaikum

Bunga Kekwa
Salam Sejahtera Semua...

Lama benar Rumah ini terbiar... lalu Ku jenjalan kemari untuk menbersihkan nya....Ku mulai dengan Bunga Oren...





Biar bersih dan berseri rumah ini....

Gambar ini dipetik di Garden By The Bay....
Di entri yg lain akan Ku post gbr gbr yg lain....


Wednesday, 9-Feb-2011 14:07 Email | Share | | Bookmark
Hero-Hero Ku

HAZIQ AFFENDY
HAFIZ AFFENDY
ASSALAMMUALAIKUM..
Apa Khabar? Lama Mama tak open FP ini..dah setahun ia berabuk..
Begitu juga dengan anak-anak Mama.. dah besar...

Disini Mama mahu mengabadikan wajah-wajah anak-anak Mama yang dah meningkat dewasa...
Selamat melihat dan Selamat berjumpa lagi...

Sekian

MamaElla







Saturday, 26-Dec-2009 16:07 Email | Share | | Bookmark
Selamat Tinggal 2009..!

Mohammed AQiF
Assalammualaikum ...

Kepada semua Pengunjung MamaElla.Fotopages.com...
Apa Khabar?

Terlebih dahulu banyak perkara yang dah berlaku pada tahun 2009'. Banyak sangat sehingga dua buku pun tidak mencukupi untuk ditulis... tetapi tidak pula untuk Mama menatapnya.....
Tahun ini macam-macam hal berlaku ada yang sedih mahupun yang gembira...
Sedih nya, Teman mengaji Mama telah kehilangan kedua orang tua nya..Alfatihah.. dan sedih nya Bapa Mama telah keluar masuk Hospital... Alhamdullilah Bapa telah beransur sihat sekarang ini...

Mama pula akhir tahun 2009 telah mula bekerja, jadi amat terhad untuk Mama masak atau berkarya diDapur bukan dibuku... Lawak sedikit...

Akhir Tahun 2009..Mama telah mendapat seorang anak saudara Lelaki..alahai cute nya tak terkata... dan sempena nak akhir penutup 2009 Mama mau berkongsi dengan pengunjung Fp Mama....Gambar Mohammed Aqif...




Saturday, 18-Jul-2009 15:15 Email | Share | | Bookmark
Beef Chop

Assalamualaikum...
Beef Chop..sepatutnya Mutton Chop...lagi enak dan sedap.. Tapi hari Ini Mama buat Beef Chop khas buat dua anak-anak Mama yg minta dimasakkan Daging...
Mereka Hantu Daging atau Ayam... Nasi atau mee pun mereka tidak mau..!!
Selera hujung minggu Mama buatkan mereka Beef Chop, disajikan bersama kentang dihiris, daun salad, buah tomato, dan timun dan telur mata lembu...
Kalau untuk Kita siap ada baked beans sebagai nya......
Inilah hasinyal trial dan error..








Monday, 13-Jul-2009 04:05 Email | Share | | Bookmark
BISKUT ALMOND CORNFLAKES

Assalammualaikum..

Kali ini punya entry, Mama buat Kooki(ayat ini buat Kita teringat si PrincessYatt)
Kooki kali ini Mama cuba dari RinnChan Sedap tau Kooki nya..
Tapi Maaf yea Rin, Mama tidak terap cuma Mama masukkan kedalam mangkok comel-comel nie dan bubuhkan coklat cair diatas nya...Lalu ditaburkan kacang yg telah dibakar serta dihancur secara kasar...




Yang tiada kacang kepunyaan Haziq, dia tidak suka kacang...


Resepi nya Copy and paste tau..Maaf sekali lagi Rinn..


BISKUT ALMOND CORNFLAKES

Bahan-bahan:
1 1/2 cups tepung naik sendiri
2 cups cornflakes, dikisar halus
1 1/2 cups serbuk badam
150gm mentega
100gm gula castor - Mama gunakan 40gm aje kerana dah ada topping coklat.
1 biji telur
1/2 tsp esen vanilla
Coklat masakan secukupnya

Cara-cara:
1. Ayak tepung. Gaul rata dengan cornflake kisar dan badam halus.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau sebati.
3. Kaupbalikkan tepung tadi dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
4. Canai dan terap ikut acuan pilihan.
5. Lengser dulang pembakar dengan mentega. Susun biskut. Bakar pada suhu 170 darj cel selama 12min.
6. Sejukkan atas penderai. Lorekkan dengan coklat masakan.




[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net